Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.
Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.
Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!
Okey..so korang dah tahu kan apa kisahnya Natrah ni. Aku baca dari blog ke blog pun aku tengok, dorang banyak yang mengikuti kisah Natrah ni dulu..aku? hampeh! baru la ni tahu..bongok lagi sekali pada aku...
Okey! secara jujurnya aku sedih tengok pementasan ni. Kisah Natrah ini patut dijadikan iktibar buat kita semua. Islam yang dipertahankan oleh Natrah dan maknya Aminah kecundang juga. Dia akhirnya mati di dalam agama Kristian setelah dimuratadkan kembali oleh keluarganya. Pada usia 13 tahun, Natrah tidak mampu untuk melawan kehendak keluarga kerana berada di bawah kuasa jagaan mereka. Kalau Natrah ini tidak mahu kembali kepada keluarga asal dan ingin terus beragama Islam..kita merasa sangat terharu dengan keberaniannya menentang dan cuba mempertahankan akidahnya dalam Islam. sedangkan asalnya Natrah itu dari Belanda dan dilahirkan dalam agama kristian. Tapi ingatkah kita kisah Lina Joy? Asalnya wanita itu Islam tapi sedaya upaya mempertahankan dirinya untuk meneruskan ajaran Kristian. itu lagi sedih kerana kita tak dapat menahan Lina Joy yang sememangnya Islam sejak dilahirkan dari murtad.
Part last sekali buat aku takut dan sedih di mana Natrah berjalan menuju ke Church berdepan dengan salib besar lambang kemegahan kristian. Pergh! Ia berjaya buatkan aku gerun. Aku baru nak rasa kemuncak Natrah ketika ini, tapi itulah babak terakhir dalam pementasan Natrah.
p/s : tengok cite ni kat TV1..ritu ade tayang...hehe..mak aku dok kecoh2 sal kesah natrah ni..
0 comments:
Post a Comment