Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

Nizar Xcident!!!

Amalina

Kami baru mendapat berita bahawa DS Nizar baru saja terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada pukul 9.20 pagi tadi di Jalan Raja Nazrin Shah, Ipoh. Keretanya yang mengalami rosak teruk apabila terbalik dengan keempat-empat tayarnya keatas, tetapi Dato Seri Nizar hanya mengalami kecederaan ringan dan luka kecil di siku kanannya dengan hanya satu jahitan. Kini Dato Seri Nizar berada di wad pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh. Beliau kelihatan ceria menyambut ketibaan kami. Berita yang mengatakan bahawa beliau dimasukkan ke wad icu adalah tidak benar sama sekali.

Terkini 10.50am: DS Nizar di masukkan ke wad

DS Nizar kini ditempatkan di wad 8C Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk direhatkan selepas mengalami kemalangan tadi. Keadaannya akan dipantau sebelum dibenarkan pulang. Kebanjiran orang ramai yang bertali arus datang ke hospital sebaik menerima berita kemalangan DS Nizar sebentar tadi juga dilihat sebagai sebab beliau dipindahkan ke wad. Antara yang bergegas mengunjunginya adalah pimpinan Pas Perak seperti Ust Misbahul Munir, Ust Nor Azli Musa, pimpinan PKR Perak seperti YB Chang Lih Kang, juga pimpinan DAP Perak seperti YB Kulasegaran dan YB Sam.
Posted by Azizul Nizam

Menurut TheStar.com

IPOH: Former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sustained light injuries after his car turned turtle in Ipoh on Thursday.

He was heading towards the city centre for an appointment with his dentist when the accident occured around 9.20am.

According to his political secretary Misbahul Munir Masduki, Nizar was trying to avoid a car and swerved into the divider, when his car turned turtle.

He managed to crawl out from the wreck and was taken by a passer-by to the Raja Permaisuri Bainun Hospital, where he received outpatient treatment.

However, Nizar has been warded for one night after tests showed he had high blood pressure.

terima kasih dari sumber CG.


Read more: http://www.isumalaysia.com/2010/01/07/ds-nizar-terlibat-kemalangan-jalanraya-di-ipoh/#ixzz0bvGDC2Kf

Friday, December 4, 2009

TGNA....

Amalina

Friday, December 4, 2009


Puluhan ribu rakyat berhimpun sokong Tok Guru


KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz...

more on : http://siasahdaily.blogspot.com/2009/12/puluhan-ribu-rakyat-berhimpun-sokong_04.html

more pictures on : http://perisik-rakyat.com/

Saturday, May 30, 2009

MOgoK Lapar???

Amalina
Mukaddimah
Berhubung isu mogok lapar yang akan dilaksanakan oleh rakyat Perak sebagai tanda protes untuk dibubarkan dun negeri Perak, dan supaya Piliharaya dapat diadakan. Terdapat beberapa pendapat dari agamawan Malaysia yang bertindak mengharamkan mogok lapar tersebut. Maka post kali ini akan mengupas pandangan ulama-ulama muktabar seluruh dunia berkenaan hukum mogok lapar. Pandangan mereka ini berdasarkan mogok lapar dari pelbagai peristiwa yang berlaku antaranya, kes tahanan penjara Guantanamo yang melakukan mogok lapar.
Peristiwa mogok lapar di zaman Nabi saw

أن سعد بن أبي وقاص- رضي الله عنه- قال: "كنت رجلاً برًّا بأمي، فلما أسلمت قالت لي: يا سعد، لتتركن دينك هذا أو لا آكل ولا أشرب حتى أموت، فتعيِّرك العرب فتقول: يا قاتل أمه، فقلت لها: يا أمي، لا تفعلي؛ فإني لا أدع ديني هذا لشيء أبدًا، فمكثَت يومًا وليلةً لا تأكل، فأصبحت قد جهدت، فمكثَت يومًا آخر وليلةً وقد اشتدَّ جهدها، فلما رأيت ذلك قلت: والله يا أمي.. لو كان لك مائة نفس فخرجت نفسًا نفسًا ما تركت ديني هذا لشيء، فإن شئت فكلي وإن شئت فلا تأكلي، فلما رأت إصراري على ذلك أكلت.. فأنزل الله تعالى: ﴿وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا﴾ (لقمان: 15).


“sesungguhnya Sa’ad bin Abi Waqas ra berkata: Sesungguhnya aku adalah seorang yang amat berbuat baik kepada ibuku. Bila aku masuk Islam, Ibuku berkata “Hai Saad, samada engkau tinggalkan agamamu ini atau aku tidak makan dan minum sehingga aku mati(mogok lapar), hingga menyebabkan orang arab akan mencela mu dengan berkata “Wahai pembunuh ibunya.” Aku pun berkata kepada ibuku “Wahai ibu, janganlah kamu buat begitu, sesungguhnya aku tidak akan tinggalkan agamaku ini selama-lamanya.” Lalu ibuku tidak makan sehari semalam sehingga dia lemah. Bila berlalu dua hari tanpa makan dia bertambah lemah. Bila melihat demikian aku berkata kepadanya “Demi Allah wahai ibuku … kalaulah engkau ada seratus nyawa dan satu persatu nyawamu hilang, aku tidak akan sama sekali meninggalkan agama ku ini. Kalau engkau mahu makan, maka silalah makan, dan jika engkau hendak mogok maka silalah mogok.” Bila ibuku melihat kesungguhanku mempertahankan Islam, dia pun makan. Maka turunlah ayat:

“Dan sekiranya kedua ibu bapamu berusaha bersungguh-sungguh untuk mu melakukan syirik kepadaku maka janganlah kamu mentaati mereka dan dampingilah mereka di dunia dengan cara yang baik.” (15 : Luqman)
Hadis riwayat Abu Ya'la dan Thabrani

Hukum mogok lapar
Ada dua keadaan bagi mogok lapar ini:

Keadaan Pertama: Mogok sehingga mati atau memperolehi kemudaratan yang besar.

Para ulama sepakat mengatakan ini adalah haram.
Dalil-dalinya:-

1. Firman Allah:- ﴿وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ﴾ (البقرة: من الآية 195)

“Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan.”


2. ﴿وَلا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ﴾ (النساء: من الآية 29)

“Dan janganlah kamu saling membunuh sesama kamu.”

3. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

لا ضَرَرَ ولا ضِرَارَ

“Tidak boleh melakukan perkara mudarat kepada diri sendiri dan kemudaratan kepada orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan Dar al-Qutni – imam Nawawi mengatakan ini hadis hasan)

Keadaan Kedua:Adapun sekiranya mogok lapar yang tidak membawa kepada kebinasaan, maka para ulama masa kini terbahagi kepada dua pendapat:

Pendapat Pertama: Mereka berpendapat, mogok lapar adalah perkara yang dilarang oleh Islam walau apa pun tujuan. Ia adalah satu perbuatan yang menyeksa diri sendiri. Sekiranya mati , ia dikira sebagai bunuh diri.

Ini Adalah pendapat Syeikh Atiah Saqar mantan pengerusi Lajnah Fatwa Mesir dan Prof Dr Hasan Abdul Ghani Abu Guddah.

Pendapat Kedua: Mereka berpendapat sekiranya mogok lapar bagi orang yang dizalimi untuk mendapat perhatian umum bagi melepaskan diri dari kezaliman atau mendapatkan hak mereka, ia diBENARKAN. Ini sekiranya, mogok lapar cara yang terakhir dan boleh memberi kesan. Ia adalah satu perbuatan terpuji jika menyebabkan musuh-musuh Islam yang menzalimi rasa marah dengan tindakan mogok ini. Mereka marah kerana mogok ini mengundang simpati masyarakat setempat dan dunia terhadap mereka yang mogok yang dizalimi. Menyebabkan musuh-musuh Islam marah adalah suatu amalan yang soleh. Firman Allah swt:

‘ولا يطئون موطئا يغيظ الكفار، ولا ينالون من عدو نيلا إلا كتب لهم به عمل صالح’. التوبة : 120

“Dan apabila mereka memijak tempat orang-orang kafir sehingga menyebabkan orang-orang kafir marah dan apabila mereka itu mencederakan atau membunuh orang kafir maka akan ditulis sebagai amalan soleh bagi mereka.” (surah taubah: 120)

Ini sekiranya mogok tersebut tidak sampai kepada binasa diri. Sekiranya begitu, maka hendaklah mereka berhenti dari mogok tersebut serta merta.

Ini adalah pendapat Syeikh Yusuf Qardawi Pengerusi Kesatuan Ulama Islam seDunia, Syeikh Faisal maului Timbalan Pengerusi Akademi Fatwa dan kajian bagi eropah, Syed Muhammad Husain Fadlullah Ulama syiah lubnan, Dr Muhammad Mahrus Ketua Lajnah Fatwa bagi Kesatuan ulama Iraq dan Syeikh Soleh al-Fauzan ulama Saudi.

Kesimpulannya:
Sekiranya ini adalah senjata yang terakhir(mogok lapar) dan memberi kesan untuk mendapatkan matlamat yang dibenarkan oleh syara’ atau menghindari dari kezaliman maka ia dibenarkan dan malahan ia dituntut.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Jawahir Lu’luiah oleh Dumyati,
Laman web:
1. Ikhwanonline
2. alraedh-maktoobblog.com
3. ahlalhdeeth.com


souce from : akhisalman

Friday, May 8, 2009

Anak Muda Perak..

Amalina
Melihat kelibat polis selama beberapa hari ak berulang-alik ke hospital menziarahi ibu yg di t'lantar di wad mengingatkan ak dgn kejadian di DUN Perak 7 Mei 09...

malu..menjadi warga Perak yg pemimpinannya seperti org yg x hbs blajar..ntah ke mana hilangnya 'modal insan' yg diterapkan di jiwa insan kepimpinan BN...

malu..menjadi warga Perak yg pemimpinannya sentiasa b'bangga dgn kekerasan yg dilakukan..tanpa ada rasa bersalah lgsg..yg hadir hanya sebuah ukiran senyuman...

Drama politik 'kotor' semakin jelas..

http://www.youtube.com/watch?v=hnaqFIzvCCw&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=dOb-LfEqOU4&feature=player_embedded


Apa hak mamat yang berlagak gangster tetapi berpakaian seragam (polis ke?) memasuki Dewan yg mulia dan menghalau Tuan Speaker Sivakumar drp menjalankan tugasnya? Ini tidak adil sama sekali. Ini undang-undang hutan! Macam kera aku tgk semua ADUN haram kejadah ni.. Yang membawa kuasa menghalau sesiapa yang membuat kacau di dalam dewan yang mulia ialah PEGAWAI DEWAN. Itupun dengan arahan Speaker jugakla… ini tak semena-mena datang pulak mamat sekor ni berlagak hero Barisan Nasional kunun. Kalau aku jumpa manusia semacam ini, memang.. memang…memang aku senyum je kat dia :)

Dengan peristiwa ini, maka secara rasmilah mahkamah akan membuat keputusan yang akan memihak kepada Barisan Nasional. Ini kerana selain drp peruntukan undang-undang, mahkamah juga bakal menggunakan peristiwa ini sebagai rujukan dalam membuat keputusan berkaitan tuntutan Nizar dan Sivakumar. Sepatutnya mahkamah bertindak mengagungkan undang-undang tetapi tak mahu ikut. Mana mungkin keputusan mahkamah akan berlainan drp peristiwa ini, kerana kuasa mahkamah dan kuasa eksekutif saling ekslusif antara satu sama lain!

Aku anak muda 'perak' yang tersangat malu dengan peristiwa e2…

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Nizar Xcident!!!

TGNA....

MOgoK Lapar???

Anak Muda Perak..

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Templatelib