Raikan Eiduladha
Lembu ni akan dikorbankan petang ni di blakang umah sye, InsyaAllah..
Pengorbanan merupakan ujian kepada umat manausia, ujian sama ada mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wataala yang menjadikan, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terkira banyaknya.
Firman Allah Subhanahu Wataala surah Ibrahim, ayat 34:-
Maksudnya:
Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya dan sangat mengingkari (tidak menghargai nikmat Allah).
Sebagai manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk mengorbankan jiwa belahan hatinya sendiri, lebih-lebih lagi, setelah berusia lebih daripada 60 tahun, barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki, hasil perkahwinan dengan Siti Hajar.
Namun begitu, ketaatan baginda begitu tinggi kepada Allah. Lalu, proses penyembelihan anakya, Nabi Ismail dijalankan. Atas kekuasaanNya, Allah telah menukarkan Nabi Ismail dengan kibasy(seekor kambing). Maka terlepaslah Nabi Ismail dari maut.
Ibadat korban dapat mengeratkan silaturrahim sesama muslim, serta merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta. Sifat-sifat yang buruk ini boleh menjerumuskan manusia untuk melakukan perbuatan keji seperti penindasan, rasuah, penipuan dan lain-lain sifat keji yang patut kita hindarkan.
Jelas kepada kita ibadat korban dapat membersihkan jiwa manusia dari sifat keji di samping menggilap kembali sifat kemanusiaan yang murni, kerana berkorban benar-benar berkehendakkan keikhlasan dan kemurahan hati, bukan senang untuk mengorbankan harta, kalau hati tidak bersih daripada sifat bakhil atau sayangkan harta.
P/S : Dalam mencapai apa sahaja kejayaan, sudah pasti terdapatnya pengorbanan- tak kira, korbankan masa, korbankan tenaga dan juga korbankan wang ringgit Dalam mencapai apa sahaja yang berbaloi, sudah pasti terdapatnya sejenis pengorbanan...insyaAllah, esok akan ade knduri dirumah ni..hrp mendpt keberkatan dariNya..
Pengorbanan merupakan ujian kepada umat manausia, ujian sama ada mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wataala yang menjadikan, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terkira banyaknya.
Firman Allah Subhanahu Wataala surah Ibrahim, ayat 34:-
Maksudnya:
Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya dan sangat mengingkari (tidak menghargai nikmat Allah).
Ibadah Korban
Korban disyariatkan dalam Islam pada tahun kedua hijrah. Ianya mempunyai tujuan tertentu bagi mengingati pengorbanan teragong Nabi Ibrahim Alaihissalam terhadap satu-satu puteranya Nabi Ismail Alaihissalam, baginda bermimpi, bahawa Allah Subhanahu Wataala memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Ismail, yang pada waktu itu sudah berusia 13 tahun dan telah dapat membantu dalam pekerjaan dan perjuangan.Sebagai manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk mengorbankan jiwa belahan hatinya sendiri, lebih-lebih lagi, setelah berusia lebih daripada 60 tahun, barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki, hasil perkahwinan dengan Siti Hajar.
Namun begitu, ketaatan baginda begitu tinggi kepada Allah. Lalu, proses penyembelihan anakya, Nabi Ismail dijalankan. Atas kekuasaanNya, Allah telah menukarkan Nabi Ismail dengan kibasy(seekor kambing). Maka terlepaslah Nabi Ismail dari maut.
Ibadat korban dapat mengeratkan silaturrahim sesama muslim, serta merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta. Sifat-sifat yang buruk ini boleh menjerumuskan manusia untuk melakukan perbuatan keji seperti penindasan, rasuah, penipuan dan lain-lain sifat keji yang patut kita hindarkan.
Jelas kepada kita ibadat korban dapat membersihkan jiwa manusia dari sifat keji di samping menggilap kembali sifat kemanusiaan yang murni, kerana berkorban benar-benar berkehendakkan keikhlasan dan kemurahan hati, bukan senang untuk mengorbankan harta, kalau hati tidak bersih daripada sifat bakhil atau sayangkan harta.
0 comments:
Post a Comment