Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

Doakan kemenangan GAZA nT__Tn

Amalina
 Kopi pasta from admin Aman Palestin (FB account)

Admin: Doakan kemenangan Gaza seterusnya pembebasan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin.

1. Pihak Palestin memulakan serangan kali ini sebagai tindak balas di atas pembunuhan-pembunuhan 'biasa' Zionis ke atas rakyat Palestin termasuk kanak-kanak Abu Khdeir di Tebing Barat, serta rakyat Palestin yang ditangkap kemudian dipenjara dan diseksa.

2. Serangan ini merupakan isyarat bahawa Palestin tidak akan bertoleransi lagi di atas nafsu kebinatangan Yahudi membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa dan menzalimi kehidupan mereka.

3. Intifadhah Ketiga atau dengan nama lain Intifadhah Al-Quds, merupakan kebangkitan seluruh rakyat Palestin. Di Gaza, Briged Al-Qassam sebagai sayap tentera Hamas memimpin serangan. Di Tebing Barat, Hamas turut memimpin kebangkitan rakyat Palestin. Begitu juga di Kem-kem Pelarian Palestin di Lubnan. Mereka berdiri melawan tentera Zionis dengan apa sahaja kekuatan yang mereka ada.

4. Hizbullah, gerakan ketenteraan Syi'ah di Lubnan yang sebelum ini mempunyai krisis ketenteraan dengan Israel dalam perubatan Bukit Golan yang kaya dengan petrol dan cuba dijajah Israel, turut mengambil kesempatan untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Israel.

5. Israel kelam-kabut. Amerika Syarikat sebagai sekutu paling kuat Israel akan mula memainkan peranan mereka selepas ini.

6. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, sinar pembebasan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin akan kembali menyerlah.

7. Ayuh, seluruh umat Islam. Jangan ketinggalan dari merebut peluang pahala jihad dengan gandaan pahala di bulan Ramadhan. Gunakan apa jua kemampuan yang ada untuk bersama-sama di dalam pasukan jihad ini.

Allah matlamat kita!
Rasulullah pemimpin kita!
Al-Quran panduan kita!
Jihad jalan perjuangan kita!
Mati di jalan Allah cita-cita kita yang tertinggi!

Monday, March 10, 2014

Gloomy Days for Malaysian. #PRAY4MH370. T__T.

Amalina

pray 4mh370

Nothing much 2 say.. just to express how we ‘Malaysian’ felt about this incident.

It such a gloomy weekend, strength weaken..worries widen..HOPE RISEN

After 3days without any news from you MH370.

Whenever you are, we hope the best for you.

People here are praying for your safety, your comeback.

.ALWAYS.

 

Malaysian Airlines (MAS) has always been Malaysian dearie. Since it provide air transport for us for a long time..and for the world as well

doa1

Picture : MAS staff grieving in sadness..after prayers and dua’ for MH370

Thanks 4 all Search and Rescue (SAR) team members ..

May Allah bless you for all your kindness.

SARteam

 

Dear Allah, please give enormous strength for the family members and SAR team.

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia!!

Amalina
Alhamdulillah...

Sungguh bertuah tinggal di bumi MALAYSIA..

Pada awalnya didaftarkan atas nama Tanah Malaya seperti yg tercatit dalam rundingan bersama British (atas perjanjian London 1956)...

X dinafikan..pelbagai bangkitan sejarah telah di isukan baru2 nie...pada ak..membangkitkan isu sejarah yg kian lama dilupakan ini..saaaaannngaaaaatttt bagOoooosss!!!

Semenjak duduk d alam kampus dulu..ada jugak kakak naqibah ak menyebut perihal sejarah Malaysia yg telah diselewengkan..mendengar hujah2 kakak kesayangan ak tu..(berdasarkan pemikiran normal ni...) banyak yg boley diterima juga...

SEJARAH yang tinggal SEJARAH

Kadang kala terasa bodoh sekarang..sbb ak merupakan slh seorg pelajar terbaik SPM subjek sejarah di sekolah dulu..tapi ak just pandai analisa kronologi je utk kalam2 sejarah2 ni..pernah ak menjelaskan beberapa kronlogi sejarah ketamadunan pada cikgu sejarah dulu..sbb ckgu pown da terkonpius dgn buku sejarah..(ckgu kate die terkejut sbb die pon xpenah prasan kronoligi itu begitu walhal die da ngaja slama lbih 1o tahun silibus tersebut...haha...)

*kalau korg tanye tajuk pe yg ak kupas ngan cikgu dulu..ak pown da lpe..lame gle xbkk buku sejarah ni...

Bagi ak..kebangkitan isu sejarah ni membuka mata generasi muda mudi semula...mase belajar dulu..dalam buku teks bab2 pejuangan tokoh2 kemerdekaan..tajuk kecil adalah "pemberontakan Mat Salleh di......"...walhal die merupakan pejuang tetap dilabel sebagai pemberontak juga...buku teks sejarah kita..mmg banyak dikonpiuskan..harap KPM kena la tngk balik istilah2 dalm buku teks tu...

Saya percaya bukan hanya warga UMNO sahaja yg layak diberi penghargaan..semua yg berjuang seperti askar, polis, komunis yg berjuang utk Malaya, PAS yg turut berjuang..MIC,MCA...kesemua itu..penglibatan mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan xpatut dilupakan...sbb selalunya media hanya menyatakan terima kasih utk golongan tertentu shj..

HARI INI YANG BAKAL MENJADI SEJARAH

Bersyukur kerna Allah kurniakan kemakmuran, keharmonian pada sekalian penduduk Malaysia..xde riot yg pelik2...aman damai je Malaysiaku ni...

Mmg amat berbangga menjdi wrga Malaysia, walau kadang kala ada org yg membezakan tahap kesedaran kita dgn negara lain terutama tentang sistem pendidikan, public transport...moral value dll..tapi bagi ak..Malaysia masih dithap pembinaan..masih bnyk yg perlu dibaiki..jd, anak2 muda kne la berusaha menjdikan MALAYSIA lebey baik dari hari ini..

Sama2 kita berusaha untuk jadi warga MALAYSIA dan hambaNya yg lebey baik setiap hari ^^v


My fevret songs..moody patriot..hahaha

Wednesday, December 29, 2010

Esok Cuti!!!

Amalina


Sempena Malaysia menang Piala Suzuki yg dahulunye di kenali sbgai Piala Tiger


cuti da di umum kn!!!


yeah!!!


cuti juga akhirnye...


agreget 4-2..


Malaysia menang!!!


walau pown stil ade men laser2 siap..


tp khairul fahmi ttp maintain..haha..


syabas Malaysia team!!!


syabas K Rajagopal..


harap2 korg maintain le hebatnye...



Wednesday, July 22, 2009

Ratusan budak jadi mangsa penderaan seks paderi

Amalina
Sumber : Utusan

22/07/2009 3:02am
DUBLIN 22 Julai - Selepas dua bulan penelitian terhadap tanda kewujudan penganiayaan endemik, para pegawai hari ini terkejut apabila laporan mendapati ratusan kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seks oleh paderi-paderi Katolik di Ireland.
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Kerajaan diketuai oleh hakim yang menjalankan siasatan itu mendapati penderaan seks yang dilakukan oleh paderi-paderi yang berada di bawah pengawasan biskop, gereja terbesar di Dublin itu telah bermula sejak Mac 2006 lagi.
Ketua Biskop Dublin, Diarmuid Martin dalam laporannya kepada Menteri Kehakiman, Dermot Ahern semalam, mengingatkan bahawa pendedahan itu akan mengejutkan semua pihak.
Untuk pertama kalinya, siasatan itu mendapati bagaimana gereja paling berpengaruh Roman Katolik yang dikuasai rakyat Ireland itu mengadakan hubungan `haram’.
Sementara itu, jurucakap bagi pihak biskop berkata, pihak berkuasa mendapati sejak tahun 1940, terdapat 400 hingga 450 orang menjadi mangsa penderaan seks oleh setiap seorang daripada 152 paderi. - AFP

Thursday, June 25, 2009

Salam Takziah...

Amalina
13 Jun 2009, dunia Islam telah kehilangan sebutir mutiara yang sangat berharga, Dr Fathi Yakan yang banyak memberi sumbangan kepada gerakan Islam. Al-Fatihah...
Gambar : Prof. Dr. Faridah Abdullah dari Fakulti Sains, penerima anugerah “The Very Best Award”
Al fatihah juga buat Prof Faridah , yg juga pernah mengajar aku..hiba juga dgn pemergiannya..UPM kehilangan seorang researcher n lecturer yang cukup baik..Moga rohnya ditempatkan di tempat mukminah solehah..



25/6/09-MJ sah meninggal rini ... katanye da msuk Islam..xtau la..klu btul Al-Fatihah dialunkan..moga hidayahNya mencucuri rahmatNya..

Wednesday, June 24, 2009

Future PC

Amalina

AMAZING TECHNOLOGY FROM JAPAN

Looks like pens with hidden cams , right?

AMAZING TECHNOLOGY FROM JAPAN

Nope, wrong

Any wild guesses ??

You’ve just seen something that will replace your PC in the near future.

AMAZING TECHNOLOGY FROM JAPAN


AMAZING TECHNOLOGY FROM JAPAN

You’ve just seen the future of the Laptop. In the revolution of miniature computers, the scientists are ahead with bluetooth technology.

This is the forthcoming computers you can carry within your pockets.

This ‘pen sort of instrument’ produces both the monitor as well as the keyboard on any flat surfaces from where you can carry out functions you would normally do on your desktop computer.



p/s : ini teknologi Jepun...Malaysia bile lagi?????

Thursday, June 4, 2009

Ah Long?? kejam, keji, zalim??

Amalina

3 dikurung seperti binatang
Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

(SUMBER UTUSAN ONLINE 28 MEI 2009)


KUALA LUMPUR 27 Mei – Zalim! Hanya kerana gagal membayar hutang, tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan ah long.

Lebih kejam, mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu.
Malah, mereka turut dijadikan seperti hamba apabila dirotan jika cuba merayu, membuat bising atau meninggikan suara. Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma di antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja.

Kegiatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila polis menahan dua lelaki dipercayai ah long hasil maklumat awam, di sebuah bank di Desa Jaya, Kepong, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi ini.Ketika ditahan suspek yang berusia 30 dan 33 tahun itu sedang membuat urusan pembayaran hutang.

Susulan daripada penahanan tersebut, polis menyerbu sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Jalan PBS 14/2, Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini, kira-kira pukul 2.30 petang.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam serbuan di aras bawah itu, polis menyelamatkan tiga lelaki berusia 25 hingga 49 tahun yang dijadikan tahanan.Katanya, ketiga-tiga mereka ditempatkan dalam dua bilik yang diubahsuai seolah-olah seperti lokap polis. Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap mangsa turut menemui kesan-kesan lebam di seluruh badan, dipercayai menjadi mangsa dera ah long.

‘‘Berdasarkan keterangan mangsa, kita mendapati mereka dikurung antara 17 hari hingga dua bulan,’’ katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari iniTambah beliau, polis terpaksa meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Seri Kembangan untuk memecahkan mangga pada ‘lokap’ berkenaan dan rantai yang dipasang pada mangsa.Abdul Rahim menyifatkan tindakan ah long itu sebagai binatang dan tidak berperikemanusiaan kerana tergamak ‘memuatkan’ mangsa dalam bilik sempit seluas 1.2 meter X 1.2 meter tanpa aliran udara.‘‘Kami yakin dengan penahanan kedua-dua lelaki pagi ini, kumpulan ah long itu yang juga terlibat dalam beberapa kes di Lembah Klang telah ditumpaskan,’’ ujarnya.Beliau berkata, modus operandi sindiket itu ialah dengan mengurung mangsa sekiranya gagal membayar hutang sehinggalah ahli keluarga mereka melunaskannya.

Ditanya sama ada ahli keluarga mangsa ada membuat laporan polis mengenai kejadian itu, beliau memberitahu, kesemua mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga mereka di Gombak, Kajang dan Segamat.‘‘Kami terima tiga laporan berhubung kehilangan mangsa-mangsa. Dalam laporan itu mereka mendakwa mangsa dilarikan ah long namun tiada sebarang maklumat mengenai mereka,’’ ujar beliau.
Kes itu katanya, kini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah.

(GAMBAR SUMBER : SINAR HARIAN 28 MEI 2009)



Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Doakan kemenangan GAZA nT__Tn

Gloomy Days for Malaysian. #PRAY4MH370. T__T.

Selamat Hari Malaysia!!

Esok Cuti!!!

Ratusan budak jadi mangsa penderaan seks paderi

Salam Takziah...

Future PC

Ah Long?? kejam, keji, zalim??

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Templatelib